Kisah di rumah


Jam menunjukkan pukol 10 pagi. Seperti biasa Ahmad Zainudin Bin Ramli bersiap untuk pergi ke kolej. Ahmad zainudin juga dikenali sebagai Mat Din oleh rakan-rakan sekolej dengannya. Berumur 20an dan menuntut di sebuah kolej swasta di perak. Mat Din adalah seorang yang kerap pulang lewat atas alasan berlajar di kolej bersama rakan-rakan nya. Oleh yang demikian, ibubapa Mat Din amat risau akan perlakuannya walau atas alasan yang munasabah. Selama Mat din mengikuti pengajiannya, tidak pernah sekali pun Mat Din keluar rumah tanpa izin ibubapanya. Mat Din juga mempunyai latar belakang sosial yang agak berbeza dari rakan-rakannya. Ini kerana Mat Din mempunyai hobi masa lapang yang tersendiri. Mat Din bersama dua orang lagi rakannya dipanggil Zati dan Muz amat suka mengumpul perbagai jenis khazanah lama. Lebeh kerap lagi mereka suka mengumpul cerita dari kejadian-kejadian pelik dan aneh hasil tinggalan nenek moyang zaman melayu purba kala. Suatu hari, sedang Mat Din duduk berseorangan di dalam bilik sambil mengupas cerita-cerita khazanah lama. Pintu biliknya diketuk oleh seseorang. Mat Din lantas berkata "masuklah. Pintu tak berkunci tu." namun kata-kata Mat Din tiada sahutan. Apabila pintu bilik Mat Din di ketuk hampir berkali-kali. Mat Din bingkas bangun untuk mebuka pintu. Mat Din terkejut. Kerana ketika itu talifon bimbitnya berdering. Tidak berlengah Mat Din membuka pintu dan sambil mencapai telefon. Mat Din menjawab telefon. "hello, mat. esok jangan lupa bawak barang lama tu untuk di rumus." rupanya Muz yang menelefon. Sambil menjawab panggilan tersebut. Mat Din memandang pintu biliknya yang tiada lansung kelibat manusia. Selepas itu Mat Din pantas mendapatkan ibunya. "Ibu, ibu! Tadi kenapa..." Mat Din terpandang pintu hadapan yang terbuka luas.  Kemudian Mat Din keluar dan meninjau-nijau. Kelihatan ibunya sedang berbual dengan Kak Limah jiran sebelah. "Ibu, ada apa tadi sampai mengetuk-ngetuk pintu Din tadi ibu?" soal Mat Din mencelah perbualan. "ish bila pulak ibu ketuknya? Ibu dah sejam dah berbual dengan Kak Limah kamu ni." ujar ibu kehairanan. "oh.. macam tu. tak apalah. mat dengar orang ketuk pintu tadi" balas Mat Din ringkas. "bapak mana ibu?" tegor Mat Din. "Entahnya orang tua ni. Dah jam 11 lebih pun tak balik lagi, ke warung agaknya." ujar ibu lagi. "tak apalah. Mat masuk bilik dulu." balas Mat Din. Lebih kurang 15min Mat Din duduk menyelesaikan kerjanya. Sekali lagi telefonnya berdering. Seiring Mat Din menjawab panggilan. Pintunya diketuk. Mat Din mulanya terkedu. Kemudian, "hello, hello. Mar Din. Ni zati. kenapa ni? tak berjawab pulak. hello." Mat Din yang terasa tidak sedap hati kemudiannya dengan berat hati membuka pintu biliknya perlahan-lahan. Terpacul kelibat ibunya. "Oh ibu. Terkejut Mat tadi." kemudian Mat kembali ke atas kerusi dan berburak dengan Zati menerusi talefon. Selang beberapa minit Mat Din pun keluar rumah. Ibunya yang berbual tadi melihat Mat Din lantas ditegur "eh, nak kemana pula malam-malam buta macam ni. Engkau jangan di ikut perangai bapaknya." Mat Din hanya tersenyum lantas keluar segera. Kira-kira 10minit kemudian. "bapaknya, baru pulang?" teguran pantas dari ibuya. "iyalah, yang ibunya tak habis berburak lagi? sudah jam berapa ni?" balas bapanya sinis. Maka masuk lah mereka berdua suami isteri ke dalam rumah kerana sudah lewat malam. "eh, bapaknya jangan dikunci pintu. Mat belum balik lagi ni. Die baru keluar." sergah ibunya. Bapanya berasa pelik lantas berkata kerana terpandang anaknya Mat Din baru sahaja keluar bilik. "kenapa ni ibu bising tengah malam? Tadi ibu berdiri saja depan pintu terketuk-ketuk pintu bilik ada apa?" kata Mat Din. "Engkau bila balik? Tadi engkau baru keluar. Kemana?" ujar ibu. "eh ibu, bila pula Mat keluar. Mat sibuk menyiapkan kerja dibilik tadi. Ibu tu yang mengetuk dan cuma berdiri didepan pintu bilik mat." lantas ibunya terdiam seketika. "kalau engkau dibilik, habis siapa yang keluar tadi?" kata ibu kebingungan. "Assalamuaikum...!! Ibunya, mengapa pagarnya luar dikunci ni? kan bapaknye ni baru pulang." kedengaran suara tua yang amat mereka biasa dengar. Ibunya lantas menyelak langsir pintu dan melihat kelibat suami nya diluar. "eh, orang tua ni baru... jadi tadi siapa..?" Ibunya menoleh kebelakang kelihatan cuma anaknya si mat berdiri tegak. "Ibu, mengapa dikunci pagarnya? kan selalu tak dikunci sebab bapak selalu balik lewat?" Kata Mat Din. Ibunya kebingungan.. 


Sumber 

 Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club 
LihatTutupKomentar